Search This Blog

Monday, March 22, 2010

kawan

kawan...
apa maksud kawan pada korg semua?.adakah membawa kepada kebahagiaan atau membawa kepada kecelakaan?.bagaimana nak cari kawan yang sejati?.bolehkah kita berkongsi semuanya dengan kawan?.macam mana nak berkawan?.

semua persoalan di atas anda yang jawab sendiri.dimana letaknya nilai sebuah persahabatan jika kita sendiri tidak menghargainya.cubalah kita fikir sejenak.dalam dunia yang penuh dengan pancaroba dan globalisasi ini,bolehkah kita mencari seorang kawan yang boleh kita percaya?.buat masa ini susah bagi aku hendak menentukannya.bagi aku,kawan lahir ketika kita berada dalam kesusahan dan kesenangan.sentiasa menghiburkan kita walaupun dalam keadaan yang tidak begitu indah.

hm.teringat pula aku pada seorang kawan yang boleh aku percaya tetapi akhirnya menikam belakang aku.aku menganggapnya sebagai seorang kawan yang boleh dipercayai dan boleh menolong aku ketika aku susah.pada pertemuan pertama aku dan dia.aku rasa dia ni bagos dan boleh dipercayai.kelakuannya sungguh baik.tapi tak ku sangka rupanya lakonan sahaja untuk memperlihatkan dirinya itu suci.sejak pertemuan pertama itu.aku selalu lepak dengannya.enjoy sama-sama.makin lama makin rapat hubungan aku dengan dia.kemana dia pergi aku selalu teman walaupun aku agak sibuk tapi aku cuba meluangkan masa dengannya.gelak ketawa bersama,menangis bersama,danberkongsi masalah.bukan tu sahaja aku juga selalu bertanyakan pendapat aku kepadanya.beza umur kitorang hanya 4 tahun.tapi dia tak menganggap aku ni sebagai adiknya.satu hari,aku mengalami masalah yang agak besar sehinggakan boleh membuatkan aku jadi tak menentu.dia datang dengan sebuah nasihat dan pertolongan kepadaku.lalu membawa aku dari lembah kehampaan kepada kegembiraan.aku merasakan dia lah kawan yang boleh dipercayai 100%.sejak dari itu,aku bertambah rapat.dia selalu menjadi pendengar yang setia kepadaku ketika aku ada masalah.tak kiralah masalah keluarga atau peribadi.aku tidak menyembunyikannya.tapi,nasib malang aku menimpa.aku dilanda satu lagi masalah.dia datang untuk tolong aku.tapi kedatangannya pada kali ini dengan satu musluhat.dia menolong aku tapi juga mengambil kesempatan untuk menelan duit aku secara senyap.aku tidak sedar sehinggakan satu hari aku diberitahu oleh seseorang.mula-mula aku tidak percaya akan erita itu kerana aku sangat percaya kepada kawanku itu.aku menanya kepada kawan aku.dia tidak mengaku.akhirnya segala bukti telah terpampang di mataku yang mengatakan kawan ku itu telah menipu aku.aku terus menjadi kebingungan.kenapa?.mengapa?.betul ke ni?.aku mula sedar dari itu.akhirnya aku mengambil langkah untuk membenci seorang membe.hari ini,sudah beberapa bulan aku dan dia tidak berhubung.segala suka dan duka aku dan dia tidak lagi dapat dirasai.

SELAMAT TINGGAL H______.

No comments:

Post a Comment